Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT HOMESTAY KENANGA

1. Waktu Daftar Masuk:  jam 2.00 petang dan Waktu Keluar:  jam 12.00 tengahari.          Bayaran akan RM20/jam lewat dan bayaran penuh akan dikenakan jika keluar lewat         dari pukul 3 pm. (Kecuali dengan persetujuan di antara Penyewa dengan Pengurusan / Pemilik   Homestay).

2. Penyewa diminta menjelaskan bayaran sewa yang ditetapkan semasa menerima kunci dan kad eletrik unit homestay ini.

3. Penyewa diminta menjaga kebersihan dan keselamatan peralatan dan kemudahan yang disediakan di homestay yang disewa.

4.Penyewa tidak dibenarkan sama sekali menggunakan unit homestay ini untuk aktiviti yang menyalahi Undang-undang Negara dan Hukum Syarak.

5.Pengurusan / Pemilik Homestay tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menginap di homestay ini.

6. Pengurusan / Pemilik Homestay tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang–barang, peralatan atau harta benda kepunyaan penyewa samada di dalam atau di luar premis yang di sewa di sepanjang tempoh penyewaan.

7. Penyewa tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa peralatan atau barang-barang kegunaan yang disediakan di dalam premis homestay yang di sewa.

8.  Penyewa tidak dibenarkan merokok di dalam premis  homestay yang disewa.

9. Kerjasama Penyewa diminta untuk menyusun semula perabot yang digerakkan seperti susunan asal.

10. Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah.Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi sebelum meninggalkan premis.


Kerjasama dan sokongan penyewa mengenai perkara di atas amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih

No comments:

Post a Comment